Petang tadi (Sabtu 27 Dec 2008) saya ke Bandar Baru Bangi, nak cari aircond…sekarang ni panas sangat. Mula-mula pergi ke kedai A. Sebelum ni kat rumah tak pernah pasang aircond jadi banyak yang nak ditanya sebelum nak beli. Di kedai A…layanan tak berapa profesional..bila tanya lebih sikit dah tak  tahu dan tak nak berapa jawab…bila ditanya kalau saya beli hari ni bila boleh pasang. katanya hari Selasa baru boleh pasang sebab esok (ahad) hari minggu, Isnin cuti Maulidur Rasul…Aik kontraktor pasang aircond pun cuti lebih-lebih. Lalu saya ke kedai B. Layanan profesional…petugasnya mahir product knowledge dan boleh pasang terus petang ni. Malam ni saya dah boleh tidur dalam aircond.

Morale : Dalam zaman “Applied Knowledge is Power” dan “Siapa cepat dia dapat”,siapa yang pantas bertindak dialah juara.