December 2008


Petang tadi (Sabtu 27 Dec 2008) saya ke Bandar Baru Bangi, nak cari aircond…sekarang ni panas sangat. Mula-mula pergi ke kedai A. Sebelum ni kat rumah tak pernah pasang aircond jadi banyak yang nak ditanya sebelum nak beli. Di kedai A…layanan tak berapa profesional..bila tanya lebih sikit dah takĀ  tahu dan tak nak berapa jawab…bila ditanya kalau saya beli hari ni bila boleh pasang. katanya hari Selasa baru boleh pasang sebab esok (ahad) hari minggu, Isnin cuti Maulidur Rasul…Aik kontraktor pasang aircond pun cuti lebih-lebih. Lalu saya ke kedai B. Layanan profesional…petugasnya mahir product knowledge dan boleh pasang terus petang ni. Malam ni saya dah boleh tidur dalam aircond.

Morale : Dalam zaman “Applied Knowledge is Power” dan “Siapa cepat dia dapat”,siapa yang pantas bertindak dialah juara.


Minggu lepas saya dapat belajar satu perkara yang sangat berharga. Apa dia ? Benda yang kecil jangan pandang remeh. Ceritanya bermula begini. Semasa di sebuah hotel di Port Dickson, Kereta Waja Campro saya tak dapat dihidupkan. Saya suspek bateri yang buat hal sebab dah lama tak tukar. Nasib baik masa tu ada seorang abang yang baik hati tolong saya dapatkan mekanik . Tak sampai 15 minit mekanik datang, bawak bateri baru. Cuba buat jumper tapi tak dapat. Satu kereta diselongkar untuk cari apa punca masalah. Hampir dua jam. Akhirnya mekanik tu tanya saya. Lu ada usik apa-apa tak dengan kereta ni. Saya kata, saya tak usik apa-apa kereta, tepi petang tadi saya ada usik remote dia saya bukak skru remote. Masaa nak pasang balik ada satu benda kecil yang saya tak dapat pasang balik, saya simpan dalam beg. Mana benda tu…kasi saya tengok. Bila saya tunjuk…Laaa benda ni lah yang sebabkan lu punya kereta tak dapat start. Bila pasang balik dalam remote terus dapat start…rupa-rupanya chip kecil tu yang control sistem remote waja.

Morale : Jangan sesekali memandang remeh pada benda benda yang kecil. Teringat kata chef Li “biar kecil asal berhasil”.