If I had nine hours to cut down a tree, I would spend six hours sharpening my axe” – Abraham Lincoln.

Maksudnya perancangan dan persiapan awal itu sangat penting dalam apa sahaja tindakan kita. Sama ada kita nak memulakan kerja, belajar atau perniagaan. perancangan dan persiapan awal adalah perlu bagi mengelakkan kegagalan atau sekurang-kurangnya mengurangkan risiko. Dalam sibuk menebang / menebas jangan lupa mengasah kapak  / parang. Kalau tahun ni kita dah capai 100, mungkin tahun hadapan kita perlu tambahkan lagi target jadi 110 atau lebih. Perancangan perlu bemula sekarang.

Sepanjang tahun kita mungkin telah bekerja dengan bertungkus lumus mencari rezeki. memang penat dan sibuk. Tapi apa kata take a break, bercuti seketika. Kebiasaanya semasa kita bercuti idea-idea yang bernas akan muncul satu persatu. Dari idea yang bernas ni bolehlah buat perancangan yang lebih baik untuk projek-projek tahun hadapan.

myfendi – pantas sungguh masa berlalu, lagi sebulan lebih nak menghadapi 2009.