Alhamdulillah, akhir bulan Oktober lepas saya berpeluang ke Indonesia. walapun jadual lawatan agak padat tetapi sempat juga melihat Indonesia dari kacamata sosial, ekonomi dan politik. Apa yang menarik perhatian saya ialah semangat keusahawanan yang tinggi di kalangan orang Indonesia. Di mana sahaja (terutama perjalanan dari Bogor ke Bandung – melalui puncak) terdapat kedai-kedai kecil di sepanjang jalan. penjual jalanan (streets Vendor) atau dalam bahasa tempatan “asongan” berada dimana-mana. Mereka mengikuti kami hingga ke hotel. Begitu juga di persimpangan lampu isyarat, kaki-kaki lima dan dimana sahaja. Mungkin dari aspek penguatkuasanya lemah…sebab itulah mereka boleh berniaga di mana sahaja…tapi apa yang menarik, begitu ramai sekali yang buat bisnes. paling kurang pun jual air / kuih yang dibawa ke mana-mana. Mungkin desakan hidup menyebabkan mereka bertindak sedemikian. Apa pun semangat berniaga mereka sangat tinggi..cuma mungkin caranya agak agresif..biasalah persaingan untuk hidup sangat hebat….syukurlah kehidupan kita di Malaysia. indonesia-tour-2008-186indonesia-tour-2008-1201