1 September / 1 Ramadhan merupakan hari pertama puasa. Sepanjang malam tadi saya tak tidur….cari bahan-bahan di internet tentang buah pitaya atau dragon fruit / buah naga…Sebab esok nak mula kan satu misi, menanam pitaya. Petang 31 Ogos lepas, saya ke Mantin…beli pokok buah pitaya untuk di tanam. Tak ada pengalaman langsung…tapi tanah kat belakang rumah tu kosong lagi…elok kalau tanam seperdu dua. Pagi tadi saya dapatkan tiang konkrit dari ladang pitaya di Batang Benar. Apa lagi bila dah siap bahan-bahan mulalah bertindak. Walaupun hari pertama berpuasa, tapi semangat punya pasal….akhirnya jeng-jeng-jeng..dah siap dua perdu pokok pitaya (8 batang pokok). Cuma bermodal RM60.00 sahaja. Tayar dapatkan percuma dari kedai Motor. Ini dia….pokok pitaya saya !!

Morale of the story : Kita akan puas hati bila buat sesuatu yang baru, dengan sedikit ilmu pengetahuan baru dan kita tahu apa yang buat tu akan dapat kita kecapi …. dapat hasil suatu hari nanti.