31 Ogos 2008 merupakan ulang tahun pertama Blog myfendi Motivasi-sokmo. Blog ni dihasilkan pada hari kemerdekaan yang ke 50….setahun lepas. Alhamdulillah, walaupun secara merangkak-rangkak saya beranggapan kemunculan saluran blog ni adalah sesuatu yang positif. Suatu anjakan paradigma dalam dunia ICT…untuk diri saya sendiri dan sesiapa sahaja yang menceburi dunia maya ini. Terima kasih kepada para pengunjung, Insyallah sempena ulang tahun ke 51 Malaysia, semoga kita lebih matang dan bersedia untuk menghadapi hari mendatang yang semakin mencabar. 50 tahun yang lepas adalah KEJAYAAN….50 tahun akan datang adalah CABARAN…..50 tahun seterusnya adalah IMPIAN. Merdeka ! Merdeka ! Merdeka ! @