Akhir bulan lepas saya berada di Kuching selama 4 hari sebagai urus setia bagi satu program latihan. Kali pertama dalam hidup menjejakkan kaki di Bumi Kenyalang. Walaupun tak sempat nak jelajah seluruh Kuching, tapi sekurang-kurangnya ini satu pengalaman baru yang menarik. Menyusuri water front, makan kek lapis, keunikan kraf tangan -phua kumbu dll…..ikan terubuk masin, gambir sarawak ? dan orang kuching baik-baik dan berbudi bahasa. Rasa sekejap saja 4 hari di sana. Insyallah jika ada kelapangan datang lagi..