Seminggu dua kebelakangan ni, keadaan di dlm negara kita agak kecoh sikit. Ada yang berkumpul sana sini…tak puas hati kenaikan harga minyak. Ada road block sana sini…nak kawal demonstrasi. ada yang dipanggil untuk beri kenyataan, ada yang kena soal siasat. Ada yang saman balas berjuta-juta. ada yang engkar tak nak beri kerjasama. Ada yang lepas perasaan dalam Parlimen. Ada yang kena tahan BPR dan macam-macam lagi. Kecoh betul sekarang ni. Ada yang menuntut hak yang lebih walapun cuma kelompok inoriti. Ada yang sanggup korbankan apa yang ada walapun majoriti dan pelbagai lagi. Ada yang gentelmen..berdebat secara rasmi….dan tak kurang juga pengulas-pengulas isu semasa yang bertauliah dan tak bertauliah..masing-masing buat kecoh.

Kita pun tak tahu sampai bila keadaan kecoh-kecoh ini akan reda. Cuma kita perlu ingat dalam kecoh-kecoh ni …. tentu ada pihak yang sedang bertepuk tangan dan menunggu peluang. Jadi kita yang diluar gelanggang ni perlu bersedia untuk apa saja kemungkinan yang akan berlaku. Jangan ikut kecoh dan melenting tak tentu pasal. Yang benar tak selalunya benar dan yang salah tak selalunya salah. Menang tak dpt semua, kalah tak hilang semua.

Moral : Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh, pertahankan maruah bangsa dan negara demi masa depan anak cucu kita.