Weekend lepas saya pergi ke sebuah hospital swasta di pinggir Putrajaya. Bukan nak dapatkan rawatan, tapi sekadar melawat…kawan baru dpt baby. Di lobi penuh dengan orang..mungkin sedang tunggu utk dapat rawatan atau buat appointment kot. Sama ramai kat hospital kerajaan. Alhamdulillah rupanya masih ramai yang mampu dapatkan rawatan di hospital swasta walaupun kosnya 1000 kali ganda dari hospital kerajaan. Mungkin demi keselesaan, masa dan prestij ? Wad pun nampaknya penuh..

Lepas tu singgah, Restoran Sate Kajang Haji Samuri. Sebab dan lewat petang ingat nak bungkus aje lah…punyalah lama tungu…dekat 40 minit. Bukan sebab pekerja tak cekap…tapi sebab ramai sangat pelanggan. Sorang bukannya order 10….20…cucuk tapi beratus cucuk. Satu cucuk sate ayam pun dah 60 sen…itu belum sate arnab atau rusa.

moral of the story : naik minyak ke, harga barang naik ke… , rakyat Malaysia masih mewah…masih mampu untuk berbelanja besar ! Kecoh-kecoh nak minyak kejap je, lepas tu ….balik mcm asal lah. Kat jalan, masih penuh kereta….jalan masih jam. Tak lama lagi senyaplah tu…