Kira-kira 6 tahun lepas….saya pernah diberhentikan kerja, bukan sebab buat hal…tapi syarikat tempat kerja tutup. Swasta…biasalah. Dah 6 tahun kerja, rasa-rasa macam dah selesa dan stabil…tapi makan gaji di syt swasta ni siapa yang tahu…bila-bila masa saja syarkat boleh tutup. Tengok apa yang berlaku pada pekerja kilang NIKKO di PP. Tapi alhamdulillah dapat jugak sikit pampasan. Bayar hutang dsb..akhirnya licin. Wife tak keja….anak kecik, sewa rumah RM250 sebulan, kereta RM600, hutang kad kredit ribu-ribu. Apa nak buat..nak nangis..nak panggil TV3….Bersamamu….

Sebenarnya apa yang membuatkan saya tak panik pada masa tu..ialah sebab saya dah ada kontingensi plan. Adalah buat MLM sikit-sikit, jadi tak lah rasa hilang 100%. Pd masa yang sama dapat idea nak jual kuih. Tapi penatlah sikit, kena bangun jam 3.00 pagi. Masa susah kena banyak fikir, banyak tanya pendapat orang (jangan larikan diri dari orang) dan banyak bersabar(Ujian Tuhan tu). Alhamdulillah hasil jual kuih dapat lah pendapatan RM500 – RM700 sebulan. Lepas tu baru dapat kerja / projek lain…..

Morale of the story : Sediakan payung sebelum hujan. Jangan pandang remeh kawan-kawan yang pernah pelawa anda masuk MLM atau Insurance. Lagi satu….kena banyak baca buku, pasal peluang-peluang perniagaan..jadi bila hilang kerja, tak lah hilang idea dan hilang maruah…fikir-fikir dan renung-renungkan.

myfendi – Sekarang tak susah lagi.