Saya di lahirkan dan dibesarkan di dalam persekitaran manual. Masa dahulu semuanya kena buat sendiri. Lebih-lebih lagi bila dok di asrama..kena basuh baju sendiri, gosok baju sendiri..,dan macam-macam lagi kerja yang memerlukan guna tenaga. Saya seorang Pengakap. Kena masak sendiri..pasang khemah sendiri, kembara keliling kampung, pekan, bandar, daerah, negeri dan negara..semuanya manual. Kereta saya sekarangpun masih manual. Begitu juga dengan generasi yang terdahulu…ayah, datuk, nenek dan moyang kita dahulu…Sebab itulah mereka lebih lasak / tahan dari aspek mental dan fizikal.

Tapi sekarang ni zaman auto. Anak-anak kita celik mata sahaja dan hidup dalam dunia auto. Mesin basuh auto, TV guna remote dan macam-macam lagi gajet yang memudahkan kehidupan.  Kehidupan yang serba auto menjadikan kita lebih senang dan mewah dan akhirnya mungkin malas… Apa komen anda ?