Kita baru sahaja digemparkan dengan kisah kematian adik Nurin Jazlin Jazimin, 8 tahun yang dibunuh secara kejam oleh seorang penjenayah yang boleh kita kita katakan maniac. Ini bukanlah kes pertama yang berlaku…malahan mungkin akan terus berlaku selagi masih ada yang dikatakan binatang dikangan manusia. Tiada manusia di masyarakat binatang tapi ada binatang di masyarakat manusia. Kejadian sebagini amat menyentuh hati kita…apatah lagi bagi ibubapa yang memiliki anak-anak sebaya Nurin. Kalau suatu masa dahulu dikampung, kanak-kanak bebas berkawan-kawan, pergi mengaji Quran sendirian..naik basikal…tapi sekarang keadaannya berbeza. sukar untuk kita melatih anak-anak berdikari, bukan kerana anak-anak sekarang terlalu manja…tetapi soal keselamatan mereka, kita tak berani nak perjudikan. Ini menyebabkan ibubapa pada hari ini terpaksa menghantar dan mengambil anak walau cuma mengikuti kelas agama yang terletak kira-kira 100 meter dari rumah…kerana senario sekarang amat berbeza dengan senario 20 atau 30 tahun dahulu. Saya tertarik dengan tajuk artikel “Beri kanak-kanak kuasa” oleh Affaro Affandy Salim di dalam Utusan Malaysia 22 Sept, ms 10. Kita perlu memberi latihan kepada anak-anak kita agar mereka mampu berdepan dengan sebarang kemungkinan di luar jangkaan. Kita beri mereka idea, kaedah, tips-tips untuk menghadapi individu-individu yang di ‘suspek’ boleh bertukar menjadi penjenayah dalam sekelip mata. Anda ada pendapat, marilah kita sama-sama kongsikan..