Ambillah masa untuk berfikir,

Fikiran itu adalah sumber kekuasaan.

Ambillah masa untuk membaca,

Membaca itu asas kebijaksanaan.

Ambillah masa untuk bekerja,

Kejayaan tidak mungkin dicapai tanpa usaha.

Ambillah masa untuk solat,

Solat itu kuasa yang paling berkesan.

Ambillah masa untuk bermain,

Bermain menjadikan kita sentiasa cergas.

Hidup kita telalu singkat untuk kepentingan

diri semata-mata.

Ambillah masa untuk tertawa,

Tertawa itu penawar untuk jiwa.

Ambillah masa untuk bersahabat,

Inilah jalan kearah kebahagiaan.

Ambillah masa untuk berkasih-sayang,

Inilah jalan kurniaan Allah Yang Esa

ke atas hamba-Nya.