Alhamdulillah…tahun ni tak henti-henti jugak terima SMS dari kenalan (yang dikenali) dan yang tak dikenali (naik nombor saje) ucapkan salam ramadahan. Kecanggihan teknologi telefon selular membolehkan kita fowardkan salam pada sesiapa sahaja…jimat masa, jimat belanja..pada masa yang sama dpt eratkan silaturahim. Kepada yang sampaikan ucapan saya ucapakan trima kasih banyak-banyak, terima kasih di atas ingatan.

“Tiada hari seindah Jumaat, Tiada kata seindah Zikir, Tiada Ibadah seindah Solat, Tiada Bulan seindah Ramadhan. Salam Ramadhan Al-Mubarak dan Selamat Berpuasa”.