Pada hari Khamis ni (13 Sept 2007) kita akan mula menjalani ibadat puasa bagi tahun ni (1428 Hijrah). Insyallah jika panjang umur..dapatlah kita sempurnakan sebulan puasa pada tahun ini. Mungkin ada dikalangan saudara mara atau kenalan kita yang dah kembali ke Rahmatullah tanpa sempat melalui Ramadhan pada tahun ni. Syukurlah….kita masih diberi peluang…semoga kita dapat jadikan Ramadhan pada tahun lebih bermakna.

Pada tahun-tahun lepas meriah jugak dkt rumah sebab surau terletak di Aras 1, Rumah saya di aras 3…blok yang sama. Tapi tahun ni, mulai 1 Ramadhan 1428 H surau sementara tersebut akan berpindah ke surau tetap yang terletak kira-kira 300 meter dari rumah. Surau tu lebih besar dan selesa dan boleh menampung lebih ramai jemaah. Insyallah semoga surau baru ni dapat memberi lebih manfaat kepada penduduk sekitar. Sebagai perkongsian bersama bersama-sama ni disertakan Ramadhan handbook untuk tatapan kita bersama.

Salam Ramadhan……myfendi.

PERCUMA : Ramadhan Handbook PERCUMA