Komunikasi yang berkesan amatlah penting didalam kehidupan kita seharian, sama ada di alam pekerjaan, rumahtangga apatah lagi di dalam dunia perniagaan. Berikut adalah beberapa tips untuk dikongsi bersama bagaimana menyesuaikan diri dengan orang lain. Semoga menjadi panduan bersama :

  • Saling Hormat Menghormati -Kita perlu menghormati orang lain jika kita mahu dihormati. Kita menuai apa yang kita semai. What you give you get back.
  • Ikhlas dan Prihatin – Tunjukkan keihklasan dan keperihatinan dengan bersedia mendengar apa yang diperkatakan oleh orang lain. Kemahiran mendengar sebenarnya sama penting dengan kemahiran bercakap…malahan ia lebih sukar dari bercakap.
  • Bertolak Ansur dan Bekerjasama – Tanamkan sikap bertolak ansur dan sedia bekerjasama dengan orang lain serta peka dengan keperluan mereka.
  • Bersedia Menerima dan Memaafkan – Kita perlu bersedia menerima kekurangan dan kelebihan orang lain. Tiada manusia yang sempurna. Sentiasa bersedia memaafkan orang lain jika kita mengharapkan yang sama daripada mereka.
  • Penghargaan dan Pengiktirafan – Hargai sumbangan orang lain dan beri pengiktirafan yang sewajarnya.