Sambutan hari kemerdekaan ke 50 telah disambut dengan penuh kemeriahan diseluruh negara. Ratusan ribu rakyat malaysia terlibat dalam persiapan hari kemerdekaan tahun ini. Bagi yang berumur 5 tahun sekarang (anak sulung saya) pada tahun 2057 dia akan menyambut ulang tahun ke 100 kemerdekaan pada usia 55 tahun. Kita….belum tentu lagi. Apa yang boleh kita buat ialah mempersiapkan generasi sekarang dengan pelbagai ilmu dan kemahiran yang berguna. Saya tertarik dengan iklan merdeka Petronas “Mampukah apa yang kita bina hari ini membawa kita ke hadapan “Can what we built today take us into tomorrow”. Robert T. Kiosaki dalam buku popularnya Rich Dad, Poor Dad pernah mengatakan ” Anda menjadi apa yang anda pelajari”. Inilah cabaran yang perlu kita galas untuk memastikan kemeriahan sambutan kemerdekaan ke 50 pada tahun 2007 dapat diulangi pada ulangtahun ke 100 pada tahun 2057.