Assalamualaikum, hai berjumpa lagi.

Setiap orang yang berkerjaya impikan imbuhan dan dan ganjaran yang setimpal atau lebih dari apa yang disumbangkan. Majikan pula mahukan bukan sahaja seorang pekerja yang biasa-biasa yang sekadar buat apa yang disuruh…tapi kalau boleh yang cemerlang dan terbilang. Berikut adalah beberapa petua untuk menjadi pekerja cemerlang yang sudah tentunya menggembirakan pekerja dan memuaskan hati majikan. Akhirnya wujud win-win situation. Pekerja cemerlang akan mendapat ganjaran, organisasi yang cemerlang menjanjikan jaminan peluang kerjaya yang lebih baik ;

1. Belajarlah mengenai bidang kerjaya anda.

- Bermakna mempelajari sesuatu yang melampaui bidang yang anda sedia mahir. Kalau sekarang anda mahir tentang HR jangan lupa untuk ambil tahu tentang kewangan.

2 . Menjadi lebih produktif

- Jika hasil kerja yang biasa dibuat 20 produksi sehari, buatlah 25. Jika biasanya sesuatu kerja dapat disiapkan dalam tempoh 3 jam, cuba siapakan dalam tempoh 2 jam.

3. Teruskan usaha menimba ilmu di dada.

- Membaca buku, hadiri kursus, seminar, mendengar pita rakaman, sambung belajar adalah pelaburan terbaik untuk masa hadapan.

4. Bina Rangkaian.

- Mulalah memperluaskan rangkaian kawan-kawan, rakan -rakan kerja dan kenalan baru, Teknologi internet banyak membantu kita mencari lebih ramai kenalan.

Selamat mencuba !